Tuesday, August 20, 2013

Aktiviti-aktiviti sesi yang lalu
Kursus Penghasilan Gambar Berita ( Dokumentasi )
- 26 hingga 28 Mac 2012
Seramai 35 orang guru dan juruteknik komputer Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah telah mengikuti Kursus Penghasilan Gambar Berita (Dokumentasi) bertempat di Bilik Raflesia Ujana Kewangan. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran peserta dalam mengambil gambar berita untuk dimuatkan ke dalam laman web sekolah masing-masing. Kursus ini juga memberikan pengetahuan asas penyutingan gambar digital dengan menggunakan Google Picasa untuk memudahkan peserta menyunting gambar-gambar yang hendak dimuat turun dalam laman web sekolah masing-masing sebagai tatapan orang ramai khasnya ibu bapa dan penduduk setempat.


Kursus Pemantapan Kemahiran ICT Pengawas Pusat Sumber Sekolah
-5 April 2012

Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti kursus Pemantapan Kemahiran ICT Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang bertempat di BTPN W.P. Labuan. Taklimat penggunaan Antara elemen kusrsus yang diterapkan adalah Laman Sosial sebagai Alat mempromosikan bahan Pusat Sumber Sekolah oleh Tuan Hj. Zulkefly Bin S.Jamaludin (PTP BTPN) dan Asas pengunaan perisian Adobe Photoshop untuuk iklan PSS oleh En Jeffry Wenge Bin Abd Rahman. Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran pelajar dalam penggunaan ICT dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah masing-masing.



Majlis Perkongsian Ilmu - Penulisan Asas Berita
- 20 April 2012

Seramai 30 guru Sekolah Rendah dan menengah telah mengikuti Bengkel Penulisan Gambar Berita Asas Siri 1/2012 yang diadakan di Bilik Mesyuarat BTPN W.P. Labuan. Bengkel ini dikendalikan oleh ahli fotografi kanan, UMS-KAL, En.Azri Onn Hj. Othman. Majlis Perkongsian ilmu ini bertujuan untuk mendedahkan kepada guru-guru mengenai penulisan gambar berita asas untuk diaplikasikan ke dalam laman web sekolah dan akhbar tempatan. Ketua Penolong Pengarah, En.Ag Marten Abd. Rahman berharap peserta akan dapat melaporkan kegiatan murid dan guru di sekolah masing-masing ke laman web sekolah dan media massa untuk tatapan orang ramai khasnya ibu bapa dan penduduk setempat.

Monday, August 12, 2013

Salam syawal kepada semua umat islam walaupun sudah masuk hari raya ke-5 namun kemeriahan raya masih terasa. Semoga di lebaran ini kita saling bermaafan dan ziarah ke rumah saudara seislam.