Bersempena ramadhan ini, mari bersama-sama tingkatkan ilmu penghayatan kita terhadap agama islam. Di perpustakaan BTPN W.P.Labuan terdapat banyak koleksi buku agama. Sebagai contoh buku Fikah Harian(dalam gambar) ada memuatkan fikah tentang puasa sebagai panduan atau rujukan kita sepanjang bulan ramadhan ini. Juga terdapat buku-buku sejarah islam, perundangan, kamus arab, motivasi, novel islamik, tokoh-tokoh islam dan sebagainya.
Tuesday, July 23, 2013
Thursday, July 11, 2013
Salam Ramadhan 1434H
Salam Ramadhan 1434H daripada kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan khususnya daripada kakitangan pusat sumber. Diharap ramadhan kali ini membawa seribu satu rahmat kepada kita semua.
Wednesday, July 3, 2013
Latar Belakang Pusat Sumber BTPN W.P.Labuan
Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah
Persekutuan Labuan pada awalnya terletak di Jalan Mohamad Salleh Kampung Bukit
Kalam W.P.Labuan. Pada 18 Oktober 2012, telah berlangsung majlis penyerahan
bangunan baharu BTPN W.P.Labuan. Terletak di KM 13, Jalan Bukit Besar, Kg.Sg.
Lada dengan keluasan 4.18ekar. Selain daripada pusat sumber, terdapat juga
bilik rakaman, bilik pembelajaran, bilik latihan, asrama, surau, dewan makan
dan lain-lain.
Di dalam pusat sumber ini terdapat pelbagai koleksi buku
seperti sejarah, sains dan teknologi,
motivasi, masakan dan sebagainya. Ada juga terdapat siri novel daripada novelis
tempatan dan luar Negara. Koleksi cakera padat untuk alat bantu mengajar (ABM)
turut sediakan di pusat sumber ini.
Di samping itu, ada juga disediakan meja mesyurat dan ruang pembacaan
di dalam pusat sumber ini. Juga terdapat rujukan khas untuk staf dan juga guru.
Buletin dan majalah turut menjadi salah satu koleksi pembacaan di dalam pusat
sumber ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)