Antara Alat Bantu Mengajar (ABM) yang terdapat dalam koleksi di Pusat Sumber BTPNWPL. Contohnya, Cakera padat
Friday, September 6, 2013
Tuesday, August 20, 2013
Aktiviti-aktiviti sesi yang lalu
Kursus Penghasilan Gambar Berita ( Dokumentasi )
- 26 hingga 28 Mac 2012
Seramai 35 orang guru dan
juruteknik komputer Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah telah mengikuti Kursus
Penghasilan Gambar Berita (Dokumentasi) bertempat di Bilik Raflesia Ujana
Kewangan. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran peserta dalam
mengambil gambar berita untuk dimuatkan ke dalam laman web sekolah
masing-masing. Kursus ini juga memberikan pengetahuan asas penyutingan gambar
digital dengan menggunakan Google Picasa untuk memudahkan peserta
menyunting gambar-gambar yang hendak dimuat turun dalam laman web sekolah
masing-masing sebagai tatapan orang ramai khasnya ibu bapa dan penduduk
setempat.
Kursus Pemantapan Kemahiran ICT Pengawas Pusat Sumber Sekolah
-5 April 2012
Seramai 30 orang
pelajar telah mengikuti kursus Pemantapan Kemahiran ICT Pengawas Pusat Sumber
Sekolah yang bertempat di BTPN W.P. Labuan. Taklimat penggunaan Antara elemen
kusrsus yang diterapkan adalah Laman Sosial sebagai Alat mempromosikan bahan
Pusat Sumber Sekolah oleh Tuan Hj. Zulkefly Bin S.Jamaludin (PTP BTPN) dan Asas
pengunaan perisian Adobe Photoshop untuuk iklan PSS oleh En Jeffry Wenge Bin
Abd Rahman. Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran
pelajar dalam penggunaan ICT dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah masing-masing.
Majlis Perkongsian Ilmu - Penulisan Asas Berita
- 20 April
2012
Seramai 30 guru Sekolah Rendah
dan menengah telah mengikuti Bengkel Penulisan Gambar Berita Asas Siri 1/2012
yang diadakan di Bilik Mesyuarat BTPN W.P. Labuan. Bengkel ini dikendalikan
oleh ahli fotografi kanan, UMS-KAL, En.Azri Onn Hj. Othman. Majlis Perkongsian
ilmu ini bertujuan untuk mendedahkan kepada guru-guru mengenai penulisan gambar
berita asas untuk diaplikasikan ke dalam laman web sekolah dan akhbar tempatan.
Ketua Penolong Pengarah, En.Ag Marten Abd. Rahman berharap peserta akan dapat
melaporkan kegiatan murid dan guru di sekolah masing-masing ke laman web
sekolah dan media massa untuk tatapan orang ramai khasnya ibu bapa dan penduduk
setempat.
Monday, August 12, 2013
Tuesday, July 23, 2013
Bersempena ramadhan ini, mari bersama-sama tingkatkan ilmu penghayatan kita terhadap agama islam. Di perpustakaan BTPN W.P.Labuan terdapat banyak koleksi buku agama. Sebagai contoh buku Fikah Harian(dalam gambar) ada memuatkan fikah tentang puasa sebagai panduan atau rujukan kita sepanjang bulan ramadhan ini. Juga terdapat buku-buku sejarah islam, perundangan, kamus arab, motivasi, novel islamik, tokoh-tokoh islam dan sebagainya.
Thursday, July 11, 2013
Salam Ramadhan 1434H
Salam Ramadhan 1434H daripada kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan khususnya daripada kakitangan pusat sumber. Diharap ramadhan kali ini membawa seribu satu rahmat kepada kita semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)